Tuesday, December 21, 2010

Orientasi bersama dinar dan dirham

Kita sering kali dengar orang sebut dinar dan dirham... kalau anda peminat cerita P.Ramlee macam Ali Baba Bujang Lapuk ke, 3 Abdul ke mesti ingat kan dialog-dialog yang menggunakan matawang dirham dan dinar semasa proses jual beli hamba.

Dinar dan dirham merupakan matawang Islam sejak zaman Rasullullah lagi. Maka kebaikan, keistimewaan dan keunikannya memang tidak boleh disangkal lagi. Jom kita sama sama belajar apa yang dikatakan Dinar dan Dirham 




Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975
gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

Piawaian ini masih lagi diguna pakai sehingga sekarang. Tiada sesiapa pun yang boleh menukar piawaian ini walaupun dah zaman dah berlalu beribu tahun...Subhanallah.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Apalagi...jom le beli emas!!!!


Abdul Hardy
019-7360188
ilham_emas@hotmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...