Friday, December 31, 2010

KIJANG EMAS BY MAYBANK







- Kijang emas adalah antara emas pelaburan yang terbaik di Malaysia
- Ia adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia.
- Ianya dikeluarkan di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz. serta mempunyai ketulenan 24K (999.9)




Kelebihan
* cantik - sedap mata memandang gitu
* harga - boleh dipantau di website Bank Negara http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141




Kelemahan
* Calar - Pihak bank takkan beli semula. kena jaga betul-betul
* Harga - tak boleh lock sebab kena pegi beli sendiri ke cawangan Maybank yang tertentu. so kalau tengah-tengah malam harga emas turun.kita terpaksa tunggu esok pagi baru boleh pegi beli. tupun kalau bukan public holiday.
*  Stok - Selalu takde daripada ada. sebabnya Maybank hanya bertindak sebagai orang tengah untuk menjual Kijang emas kepada pelanggan. kalau takde stok dari pengilang so tak dapatla kita beli walaupun masa tu harga tengah murah. Selalu jugak kita akan dapat jawapan "tunggu ada orang jual balik, baru ada stok'
* Cawangan - Bukan semua cawangan Maybank ada menjual Kijang Emas. Boleh check kat bawah ni

Johor
  • Johor Bahru Main
  • Muar
Kedah
  • Alor Setar Main
  • Pulau Langkawi
  • Sg Petani
Kelantan
  • Kota Bharu Main
Kuala Lumpur
  • Bangsar Baru
  • Bukit Bintang
  • Kuala Lumpur Main
Melaka
  • Melaka Main
Negeri Sembilan
  • Seremban
Pahang
  • Kuala Lipis
  • Kuantan Main
  • Mentakab
Perak
  • Ipoh Main
  • Tanjong Malim
  • Teluk Intan
Perlis
  • Kangar
Pulau Pinang
  • Butterworth
  • Pulau Pinang Main
Sabah dan Labuan
  • Karamunsing
  • Labuan
  • Tawau
Sarawak
  • Miri
  • Sibu
  • Wisma Satok
Selangor
  • Kuala Selangor
  • Petaling Jaya Main
  • Shah Alam
Terengganu
  • Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...