Wednesday, December 22, 2010

KETULENAN EMAS BHGN II

TAKRIF KETULENAN

Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ).
Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu
barang samada daripada emas, perak atau platinum.

PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )

Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandungan
logam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik.Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga
yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga.

Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu
mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM.

Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN
pada barang yang telah diuji.

STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN

Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga )
1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi
standard ketulenan yang telah ditetapkan.

Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.

Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870.

Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.

Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan.

Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.

PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaan

Barang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard
ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.

Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja.

Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan.

Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-
peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat
tambahan pembeli .Penandaan lambing pembuat,pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun
tidak diwajibkan.

PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )

Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )
perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum
yang dicap pada barangan tersebut.

Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-
barang yang disadur.
Contohny disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K
( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN

Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat
yang kurang daripada 1.5 gram.

PENGECUALIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI

Duit syiling ,  barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik
atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,
wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat
sebelum 1hb.Ogos,1995.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...