Friday, December 31, 2010

MENGAPA PILIH PUBLIC GOLD?

Jom cuci mata dulu tengok emas-emas ni








 Semua yang diatas adalah emas-emas pelaburan yang dikeluarkan oleh Syarikat Public Gold. Mari kita kenal2 dulu dengan syarikat ni...


Public Gold merupakan sebuah syarikat di Malaysia yang mengeluarkan sendiri emas pelaburan (syiling dan jongkong) dan dijual pada harga pasaran antarabangsa.

Antara produk-produk yang dikeluarkan ialah:

Dinar emas yang mengandungi 91.6% unsur emas


Jongkong emas yang mengandungi 99.9% unsur emas

Mana nak dapat emas Public Gold?
* dengan saya lah...hehe.. dan juga melalui agen2 yang terdapat di seluruh pelusuk negara

Availability produk
* usah bimbang, usah risau sebab stok sentiasa available kerana PG mempunyai kilang membuat syiling dan jongkong emas di Penang.
* emas PG diurusniaga 24 jam tanpa henti kerana mereka menggunakan sistem online untuk booking order.

Pemantauan harga
* harga akan di update setiap 20 minit. jadi anda boleh merasai sendiri degupan jantung yang kencang apabila melihat harga emas antarabangsa turun dan naik.semestinya anda tidak akan ditipu
* anda sendiri boleh decide bila nak beli emas PG apabila membuat pemantauan harga sendiri. baru la thrill kan.

Kelebihan lain emas Public Gold
* PG memberi jaminan akan membeli semula emas mereka walaupun ianya calar,bengkok patah dan sewaktu dengannya asalkan berat emas tersebut masih sama.

* Spread (harga jualan dan harga buy back) adalah kecil iaitu 5-6 peratus sahaja.

* setiap emas yang dikeluarkan oleh PG mempunnyai sijil ketulenannya sendiri


* PG juga memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat menjadi agen mereka.Jadi mereka yang teringin menjadi tokei emas bolehla mendaftar sebagai agen emas PG. memang berbaloi-baloi.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ye. Hardy (019-7360188) atau emel di ilham_emas@hotmail.com

KIJANG EMAS BY MAYBANK







- Kijang emas adalah antara emas pelaburan yang terbaik di Malaysia
- Ia adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia.
- Ianya dikeluarkan di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz. serta mempunyai ketulenan 24K (999.9)




Kelebihan
* cantik - sedap mata memandang gitu
* harga - boleh dipantau di website Bank Negara http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141




Kelemahan
* Calar - Pihak bank takkan beli semula. kena jaga betul-betul
* Harga - tak boleh lock sebab kena pegi beli sendiri ke cawangan Maybank yang tertentu. so kalau tengah-tengah malam harga emas turun.kita terpaksa tunggu esok pagi baru boleh pegi beli. tupun kalau bukan public holiday.
*  Stok - Selalu takde daripada ada. sebabnya Maybank hanya bertindak sebagai orang tengah untuk menjual Kijang emas kepada pelanggan. kalau takde stok dari pengilang so tak dapatla kita beli walaupun masa tu harga tengah murah. Selalu jugak kita akan dapat jawapan "tunggu ada orang jual balik, baru ada stok'
* Cawangan - Bukan semua cawangan Maybank ada menjual Kijang Emas. Boleh check kat bawah ni

Johor
  • Johor Bahru Main
  • Muar
Kedah
  • Alor Setar Main
  • Pulau Langkawi
  • Sg Petani
Kelantan
  • Kota Bharu Main
Kuala Lumpur
  • Bangsar Baru
  • Bukit Bintang
  • Kuala Lumpur Main
Melaka
  • Melaka Main
Negeri Sembilan
  • Seremban
Pahang
  • Kuala Lipis
  • Kuantan Main
  • Mentakab
Perak
  • Ipoh Main
  • Tanjong Malim
  • Teluk Intan
Perlis
  • Kangar
Pulau Pinang
  • Butterworth
  • Pulau Pinang Main
Sabah dan Labuan
  • Karamunsing
  • Labuan
  • Tawau
Sarawak
  • Miri
  • Sibu
  • Wisma Satok
Selangor
  • Kuala Selangor
  • Petaling Jaya Main
  • Shah Alam
Terengganu
  • Kuala Terengganu

Wednesday, December 22, 2010

KETULENAN EMAS BHGN II

TAKRIF KETULENAN

Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ).
Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu
barang samada daripada emas, perak atau platinum.

PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )

Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandungan
logam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik.Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga
yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga.

Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu
mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM.

Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN
pada barang yang telah diuji.

STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN

Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga )
1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi
standard ketulenan yang telah ditetapkan.

Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.

Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870.

Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.

Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan.

Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.

PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaan

Barang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard
ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.

Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja.

Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan.

Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-
peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat
tambahan pembeli .Penandaan lambing pembuat,pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun
tidak diwajibkan.

PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )

Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )
perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum
yang dicap pada barangan tersebut.

Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-
barang yang disadur.
Contohny disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K
( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN

Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat
yang kurang daripada 1.5 gram.

PENGECUALIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI

Duit syiling ,  barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik
atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,
wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat
sebelum 1hb.Ogos,1995.

KETULENAN EMAS

APA ITU KARAT ( K ) ?

             KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas. 24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

             STANDARD KETULENAN EMAS BARU
            ( a )       999       Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
                                       24K mengikut ukuran lama 
           
            ( b )       950        Emas Kelantan atau Emas 9½

            ( c )       916.6     Emas Singapura. 22K mengikut ukuran lama

            ( d )       875

            ( e )       835

            ( f )        750         18K mengikut ukuran lama

            ( g )       585         14K mengikut ukuran lama

            ( h )       375         SUASA – 9K mengikut ukuran lama

            Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

     
             STANDARD KETULENAN PERAK
           
             ( a )       958.4

             ( b )       925

             ( c )       830

             ( d )       800

             STANDARD KETULENAN PLATINUM

             ( a )       950      bermakna 95.0% kandungannya.

              CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN

              KARAT  X 100 = STANDARD KETULENAN
                           24

              CARA MENGUKUR KARAT 

              STANDARD KETULENAN X 24  = KARAT
                                         1000
         
              Contoh Pengiraan : 


              Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 


              750  X  24 = 18K
                    1000

              Nama-nama lama panggilan kepada Emas :

             
             Emas Se Amas = 2.551 gm
       
             Emas Se Rial =2.70 gm
     
             Emas Se Kupang = 0.64 gm
           
             Emas 2 Kupang = 1.28 gm     ( Kupang Terengganu )
           
             Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
       
             Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
     
             Emas 1 Mayam = 3.37 gm


            

Tuesday, December 21, 2010

Orientasi bersama dinar dan dirham

Kita sering kali dengar orang sebut dinar dan dirham... kalau anda peminat cerita P.Ramlee macam Ali Baba Bujang Lapuk ke, 3 Abdul ke mesti ingat kan dialog-dialog yang menggunakan matawang dirham dan dinar semasa proses jual beli hamba.

Dinar dan dirham merupakan matawang Islam sejak zaman Rasullullah lagi. Maka kebaikan, keistimewaan dan keunikannya memang tidak boleh disangkal lagi. Jom kita sama sama belajar apa yang dikatakan Dinar dan Dirham 




Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975
gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

Piawaian ini masih lagi diguna pakai sehingga sekarang. Tiada sesiapa pun yang boleh menukar piawaian ini walaupun dah zaman dah berlalu beribu tahun...Subhanallah.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Apalagi...jom le beli emas!!!!


Abdul Hardy
019-7360188
ilham_emas@hotmail.com

Che Det pun suka emas


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.
"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.


Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).
Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.

-utusan online-

Emas...Pelaburan terbaik

sebut saja emas sudah semestinya kita semua sedia maklum akan nilainya yang berharga.. kalau zaman Firaun dulu emas merupakan simbol kekayaan dan simbol kekuasaan..sampaikan keranda pun disalut emas...


Jom kita imbas balik eh dari zaman dulu sampaila ke zaman serba canggih manggih ni, tak pernah lagi kita dengar orang dok bagitau emas ni murah...betul tak? lagi dok naik harga kan. saya masih ingat masa time2 sekolah dulu, harga emas dalam lingkungan RM30/g. kemudian naik..naik..dan naik lagi sehingga hari ni harganya dah mencecah seratus lebih per gram. Tak berbaloi rasanya keluar duit ribu2 hanya sekadar dapat rantai tangan yang halus...betoi tak?

Tapi lani persepsi kita tentang emas perlu diubah... trend sekarang adalah dengan melabur menggunakan emas.(saya maksudkan adalah emas dinar atau emas bar) kenapa eh? sebabnya adalah:

1. Emas adalah kekayaan yang sebenarnya  -  contohnya macam cerita firaun tadi lah. kemudian emas yang dah jadi debu pun masih berharga lagi nilai dia kan.bayangkan duit not RM100 kita gunting dua,agak2 ada nilai lagi tak?

2. Emas tiada inflasi vs fiat money (matawang)  -  kalau zaman saya sekolah rendah dulu mak bagi 30 sen je untuk belanja sekolah. 20sen dapat beli nasi lemak then lagi 10 sen beli air.Tapi budak2 sekolah lani agak2 berapa RM diorang bawak g sekolah??? boleh pikir kan? ini menunjukkan nilai wang kita dah menurun (inflasi). dikatakan kadar inflasi bagi matawang adalah 4% setahun. Tapi berbeza dengan emas. kalau dulu 1 dinar kita boleh beli seekor kambing, zaman sekarang pun kita masih boleh dapat sekor kambing dengan 1 dinar kerana nilainya yang bertambah...

ini merupakan koleksi emas yang dikeluarkan oleh Public Gold



3) Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang  -  perlu diingat ye ini emas adalah pelaburan terbaik bagi jangka masa panjang.kalau nak cepat kaya rasanya tak sesuai lah kot. sebagai contoh yer:



Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 =  USD 953.50/Oz
ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun
 (purata kenaikan 27% setahun)  


4)  Emas tak boleh dimanipulasi  -  Emas tak boleh dicipta sebab dia sumber asli/galian. Kuantitinya tak boleh ditambah dengan sewenang-wenangnya. Berbeza dengan duit dimana ia boleh dicetak pada bila2 masa dalam apa jua kuantiti yang dikehendaki oleh pemerintah.Bila dah banyak sangat dicetak, nilainya of course akan turun..kenaikan harga barang pun akan jadi melampau-lampau la kan...

Jadi, apa tunggu lagi. fikir-fikirkanlah tentang pelaburan dengan emas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...